PULAU PINANG, 20 Okt – Sejak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak oleh pelbagai pihak berkaitan kes moral anak lelakinya, pelbagai kenyataan berbeza telah diberikan bagi mengaburi mata rakyat termasuk sebelum ini alasan anaknya ditukarkan sekolah kerana mahu membela rambut panjang namun semalam, dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Guan Eng mengatakan anaknya dipindahkan dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St. Xavier’s kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar.
Terbaru, dalam kenyataannya kepada MalaysiaKini, sekali lagi Guan Eng menukar alasan dengan kononnya dia telah berjanji untuk menukarkan sekolah anak lelakinya mengikut pilihan sendiri andai kata mendapat keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan PMR.
Menurut
Pengerusi Sekreatariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Irfan Zaini Md Tahar, kenyataan berbeze-beza Guan Eng ini sebenarnya menjerat diri sendiri.
“Kita bukan hendak mengaib atau mengheret anak lelaki Guan Eng dalam permainan politik, tetapi apa yang dipersoalkan kini adalah tindakan Guan Eng sendiri yang sering menukar kenyataan sehingga menyebabkan rakyat tertanya-tanya alasan mana yang benar.
“Selaku Ketua Menteri, Guang Eng perlu berani menanggung risiko terhadap apa sahaja kenyataan yang dikeluarkannya dan bukan mengambil sikap lepas tangan dan menuding jari kepada orang lain. Sejak isu ini menjadi panas, seperti biasa Guan Eng menyalahkan UMNO. Rakyat bukan mahu melihat dia menuding jari kepada orang lain tetapi rakyat mahukan penjelasan yang terang dan jujur mengapa anaknya bertukar sekolah.
“Malah Guang Eng perlu sedar bahawa sebagai ‘public figure’ ahli keluarga tidak terlepas daripada pandangan masyarakat dan pihak media. Inilah risiko yang harus ditanggung oleh semua ‘public figure’ dan Guan Eng perlu menjelaskan kepada rakyat khususnya masyarakat di negeri Pulau Pinang apa sebenarnya yang terjadi,” ujarnya.
Katanya, disebabkan kenyataan putar belit Guan Eng, sedar tidak sedar sebenarnya ia telah memburuk dan merosakkan imej bekas sekolah anaknya itu kerana mendakwa anaknya ditukarkan sekolah kerana bimbang terlibat dengan gejala dan sendiket dadah di kalangan pelajar.
“Ini merupakan satu tuduhan berat dan akan menyebabkan ibu bapa pelajar di sekolah tersebut berkecil hati. Adakah moral pelajar di Sekolah Cine Heng Ee begitu teruk dengan gejala dadah sehinggakan dia mengambil tindakan menukarkan sekolah anaknya. Kini, bukan Guan Eng sahaja yang perlu memberi penjelasan mengenai isu ini tetapi guru besar sekolah terbabit juga perlu membuat kenyataan adakah benar pelajar disekolah itu terlibat dengan gejala dadah. Guan Eng perlu sedar, ini adalah satu tuduhan berat dan boleh di saman,” katanya lagi.
Irfan yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang menyarankan agar Guan Eng lebih bersikap bertanggungjawab dan rasional sejajar dengan jawatan yang disandangnya.
“Jangan bersikap lidah bercabang demi menyelamatkan tengkuk sendiri. Guan Eng perlu berhenti menuduh UMNO menjadi dalang atas setiap permasalahan yang melanda pakatan rakyat. Sikit-sikit tuduh UMNO. UMNO itulah UMNO inilah. Rakyat sudah muak. Jawab sahaja isu ini atau hadapi kebangkitan rakyat yang akan terus mendesak Guan Eng bercakap benar. Jangan ingat rakyat bodoh. Rakyat sudah muak dengan perangainya yang suka putar belit dan menipu,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Dilaporkan, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga telah memberikan kenyataan bahawa Guan Eng menukarkan sekolah anaknya kerana mahu membela rambut panjang. – MediaUMNO
+ comments + 1 comments
kalau ikut statement lidah bewak bapak pencabul ni kira skolah cina HENG EE ni kira tempat menemukan pelajar dgn dadah dan skolah ST.XAVIER'S ni kira pusat pemulihan la...
TO LIDAH BEWAK,
MANA SKOLAH PUN SAMA LA...
YG PENTING DIDIKAN IBUBAPA...
LU KAKI TIPU KIRA OK LA ANAK KAKI RABA...
SAMA NGAM...
KRITIKAN PEDAS DARI,
PEJUANG HAMAS...
Post a Comment