Headlines News :
Home » » Rumah Ahli Parlimen DAP Bkt Mertajam disimbah cat hijau

Rumah Ahli Parlimen DAP Bkt Mertajam disimbah cat hijau




BUKIT MERTAJAM - Kediaman Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang terletak di Taman Sri Rambai, di sini disimbah cat hijau manakala bangkai seekor ayam digantung di pintu pagar rumahnya hari ini.

Suami Chong, K.Gunabalan, 63, berkata, kejadian itu hanya disedari pada 5.45 pagi ketika beliau sedang bersiap menghantar anak keduanya G.Omprekash, 16, ke sekolah.

Katanya ketika kejadian, hanya beliau dan dua anak berada di rumah manakala isterinya berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri sidang Parlimen.

"Semasa saya keluar untuk menghantar anak, saya terkejut apabila melihat banyak tompokan cat hijau di sekitar kawasan rumah serta dua buah kereta jenis Mitsubishi dan Proton Wira yang diparkir di dalam kawasan pagar rumah.

"Saya tidak pasti bila kejadian itu berlaku kerana tidak mendengar sebarang bunyi bising," katanya ketika ditemui pemberita.

Gunabalan berkata, beliau menemui tiga bungkusan beg plastik cat yang ditinggalkan masing-masing dalam pagar rumah, luar pagar dan di dalam longkang serta bangkai seekor ayam turut digantung di pagar hadapan.

Katanya, beliau juga tidak mengetahui motif kejadian itu dan tidak pasti sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan politik atau peribadi.

"Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah SPT Supt Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - Bernama
Share this post :

+ comments + 2 comments

July 1, 2011 at 11:36 AM

depa ni ada hutang dgn along kot... sebab tu la kena simbah dengan cat... pastu tuduh ni semua kerja UMNO...

Pendekar Siber
http://blogpendekarsiber.blogspot.com/

Anonymous
July 1, 2011 at 8:00 PM

Alah... baru cat... hijau lak tu,.. setahu aku PAS yang suka hijau ni... lepas tu tuduh orang UMNO yang buat... pi rah...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger