Headlines News :
Home » , » Ezam , Ketua Pemuda UMNO P.Pinang antara 8 yang ditahan polis

Ezam , Ketua Pemuda UMNO P.Pinang antara 8 yang ditahan polis




GEORGE TOWN 1 Julai — Polis hari ini menahan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor kerana menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, tujuh orang ditahan semasa demonstrasi manakala Ezam menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bagi membantu siasatan.

Katanya kesemua mereka yang ditahan berumur antara 27 tahun dan 46 tahun.

"Mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan berdegil kerana tidak mahu bersurai ketika diarahkan berbuat demikian manakala Ezam turut memberi ucapan pada perhimpunan itu,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Ayub berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit. — Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger