Headlines News :
Home » » Anwar Ibrahim semakin hilang penyokong.

Anwar Ibrahim semakin hilang penyokong.

IPOH 5 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan 'kekecewaan' Raja Petra Kamarudin terhadap pakatan pembangkang dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kegagalan pemimpinnya merealisasikan manifesto yang dijanjikan sebagai satu lagi petanda hilang kepercayaan dan keyakinan penyokong sendiri.

Sambil merujuk kepada 'gaya' kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering 'cakap tidak serupa bikin' kata Timbalan Perdana Menteri, beliau percaya ramai lagi penyokong parti itu yang berpendirian sama.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, apa yang berlaku itu sebenarnya bukan perkembangan baru kerana sebelum ini pengasas dan pimpinan tertinggi PKR juga keluar meninggalkan parti tersebut.

''Saya baca juga dalam blog tentang mereka yang mempertikaikan kepimpinan Anwar Ibrahim, tidak menunaikan janji, cakap tak serupa bikin. Saya kira, semakin lama akan terurailah cerita-cerita yang ada hubung kait dengan gaya kepimpinan dalam PKR," katanya selepas melancarkan program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2010 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Ini bukan baru, kalau ikut sejarahnya, kawan rapat pengasasnya, pun telah meninggalkan (parti) lama, ramai.

''Kalau kita nak melihat dari sudut itu sahaja, petanda-petanda bahawa ahli-ahli PKR sendiri sudah tidak yakin, tidak percaya, bagi saya, ini satu lagi iktibar yang harus kita ambil daripada apa yang berlaku dan sepatutnya membuka mata rakyat tentang PKR yang sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2010 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Muhyiddin berharap, rakyat semakin sedar tentang sikap sebenar Anwar dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dengan hati yang terbuka.

Portal The Malaysian Insider Ahad lalu melaporkan, Raja Petra yang lebih dikenali sebagai RPK, menyatakan rasa kurang senang dengan apa yang beliau dakwa sebagai kegagalan pakatan pembangkang memenuhi manifesto pilihan raya lalu walaupun berjaya menguasai beberapa buah negeri selama lebih dua setengah tahun.

Pernyataan kekecewaan RPK itu dilahirkan pada satu majlis dialog bersama rakyat Malaysia di London yang turut dihadiri Anwar yang juga Penasihat PKR.

Penulis blog itu juga mengancam menarik diri daripada menyokong pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil Galas akan datang berikutan kegagalan mereka memenuhi janji yang dipersetujui sebelum pilihan umum pada Mac 2008. - Utusan
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger