Headlines News :
Home » » Dah diberi wang haram, diugut pula warga emas P.Pinang.

Dah diberi wang haram, diugut pula warga emas P.Pinang.







Nampaknya Lim Guan Eng bersuara lagi untuk menutup kesalahanya yang dilakukanya. Kenyataan yang dikeluarkan kali ini bukanya untuk mejawab atau membuktikan bagaimana wang hasil judi yang diterimanya diasingkan untuk orang Islam dan bukan Islam tetapi dengan mengugut warga emas yang ingin memulangkan wang ehsan RM100 yang diterima oleh mereka.

Petikan dari Harakah Daily

Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun.

Ternyata kononya pemberian wang ehsan RM100 untuk menghargai warga emas sememangnya tidak ikhlas dan mempunyai muslihat tersembunyi. Salah ke sekiranya penerima wang ehsan RM100 nak kembalikan wang tersebut kepada kerajaan negeri (terutamanya untuk orang islam) kerana meragui wang tersebut dari sumber yang haram iaitu wang judi.

Indah khabar dari rupa...apa yang dilaung-laungkan kerajaan kebajikan dan melaksanakan pentadbiran CAT ternyata pembohongan semata-mata. Dasar lidah bercabang, pembohongan demi pembohongan telah dibuat apabila persoalan dari telah ditimbulkan oleh pisau.net dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia. Inilah wajah sebenar kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP dan PR yang berlagak seperti gangster dengan menggunakan pendekatan mengugut.

Dalam masa yang sama ketua menteri pembohong ini menuduh UMNO tidak amanah dan tidak pernah membantu rakyat miskin selama ini.

Petikan dari Harakah Daily

“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” katanya.

"Sebelum ini Umno tidak pernah berikan sesen pun wang kerajaan kepada rakyat miskin yang mereka tahu golongan miskin diperkotakkatikan semasa pilihan raya tidak kira kecil ataupun umum,"

Tidak perlulah hendak mempersoalkan apa yang UMNO buat untuk menutup kesilapan sendiri. Rasanya semua orang dah tahu jasa UMNO kepada orang Melayu dan apa yang telah dibuat oleh UMNO untuk membantu rakyat miskin

Kalau dari awal lagi mengaku gunakan duit judi kan senang..tak perlu nak susahkan warga emas yang menerimanya. Jangan ingat orang Melayu takut dengan ugutan itu dan akan mati kebuluran kalau tak terima wang ehsan dari hasil judi tu.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger