Headlines News :
Home » , » Lim Guan Eng Cari Duit Dengan Rosakkan Pulau Pinang.

Lim Guan Eng Cari Duit Dengan Rosakkan Pulau Pinang.

Rakyat Pulau Pinang telah bangkit apabila mereka menyatakan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan Lim Guan Eng DAP kerana membiarkan pembangunan kelas 3 dan 4 yang melibatkan lereng-lereng bukit di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Rakyat Pulau Pinang mengatakan bahawa pembangunan di lereng bukit Tanjung Bungah amat merbahaya. Malah, mereka khuatir water catchment di Pulau Pinang akan diganggu dan menyebabkan kemungkinan tarif air di Pulau Pinang di naikkan.

Ironinya, semasa peristiwa kondo runtuh di Bukit Antarabangsa, DAP begitu lantang mengkritik dan menyalahkan kerajaan BN tetapi apabila DAP memerintah di Pulau Pinang, merekalah yang membiarkan pembangunan lereng bukit! Mereka juga mengatakan bahawa DAP tidak mementingkan kepentingan rakyat tetapi lebih mementingkan keuntungan.

Malah Lim Guan Eng telah menutup mata dan tidak mengikuti guidelines pembangunan lereng bukit yang telah digazzetekan di dalam negara ini. Saksikanlah video di bawah :-

Kerisauan rakyat Pulau Pinang tentang pembangunan lereng bukit yang tidak dipantau oleh Lim Guan Eng lidah biawak jelas menunjukkan bahawa DAP tidak kompeten dan tidak layak sebenarnya untuk mentadbir negeri Pulau Pinang.

Malah, sikap bermuka-muka dan acuh tak acuh Lim Guan Eng menyebabkan rakyat Pulau Pinang bertambah muak dengan kehadiran Lim Guan Eng di bumi Pulau Pinang ini!! Rakyat Pulau Pinang sudah bangkit marah, Lim Guan Eng perlu bangkit dan pulang balik ke Melaka!
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger