NELAYAN BANTAH PROJEK TAMBAK LAUT KERAJAAN DAP
PULAU PINANG 17 Dis. - Lebih 200 nelayan mengadakan demonstrasi aman di hadapan sebuah hotel di Teluk Kumbar di sini bagi membantah projek penambakan laut di perairan selatan negeri ini.
Mereka merupakan sebahagian nelayan dari seluruh kawasan di negeri ini khususnya nelayan Permatang Damar Laut yang terlibat secara langsung dengan projek tambak laut berkenaan.
Selain melaungkan slogan menolak projek itu, kumpulan nelayan berkenaan turut membawa sepanduk mengecam Kerajaan DAP Pulau Pinang antaranya bertulis ‘Nelayan Pulau Pinang tersepit kerakusan aktiviti tambak laut’.
Terdahulu, sesi dialog antara kerajaan negeri bersama hampir 500 nelayan kerajaan pagi ini berhubung projek tambak laut itu berlangsung tegang selepas majoriti nelayan melahirkan rasa tidak puas hati dan membantah projek berkenaan.
Pengerusi Nelayan Negeri Pulau Pinang, Nazri Ahmad berkata, projek tambak laut berskala besar itu dibantah sekeras-kerasnya kerana kesan buruk yang bakal dihadapi mereka terutama secara jangka masa panjang.
“Perairan selatan negeri ini adalah nadi utama kepada nelayan seluruh negeri ini dan jika projek ini diteruskan, tiada lagi punca pendapatan untuk kami meneruskan hidup,” katanya.
Ahli Persatuan Nelayan Seberang Perai, Rosli Arifin berkata, kajian impak alam sekitar (EIA) yang dijalankan pihak berwajib berhubung kesan projek tambak laut itu tidak memberi gambaran sebenar berhubung realiti yang didepani nelayan.
Menurutnya, banyak perkara tidak disentuh menerusi kajian itu terutama mengenai ancaman terhadap pelbagai jenis hidupan marin yang bakal musnah.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Badrul Hisham Hashim berkata, projek tambak laut tersebut akan melenyapkan golongan nelayan di negeri ini buat selama-lamanya.
Malah, beliau turut mencabar Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi geran kepada perkampungan nelayan yang bakal terjejas ekoran projek itu dan menggazetkannya sebagai kampung wari–san sekiranya benar-benar mahu melindungi kepentingan golongan berkenaan.
“Kami yakin kerajaan negeri tidak mampu membayar pampasan setimpal kepada golongan nelayan yang terjejas apatah lagi kami sudah berpuluh-puluh tahun mencari rezeki sebagai nelayan serta mendiami kampung ini,” katanya.
Kerajaan negeri ketika ini me–rancang menambak seluas 1,821 hektar kawasan laut di Permatang Damar Laut di sini bagi membentuk tiga pulau buatan sebelum dijual untuk menampung kos Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri berjumlah RM46 bilion.
Labels:
Berita P.Pinang
Kit Siang 'Nyanyuk' & Rasuah Dalam Parti DAP !
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ketua UMNO Bahagian Jelutong Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata Penasihat Dap, Lim Kit Siang mungkin sudah semakin ‘nyanyuk’ dan terlupa bahawa parti Dap sebenarnya terlalu banyak terpalit kes rasuah sehinggakan mereka tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap bekas Naib Pengerusi Dap, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang secara terang-terangan mengatakan rasuah memang bermaharajalela di dalam parti itu.
Labels:
Politik Malaysia
Kerajaan DAP Pulau Pinang Cuba Putar Belit Kos Billion Ringgit
NIBONG TEBAL, 15 Dis – Sekali lagi kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat cuba putar-belit berkaitan kos projek yang dijalankan.
Jika sebelum ini kos projek terowong dasar laut, kini kos unjuran Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) pula dipertikaikan apabila kos yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM27 bilion, tiba-tiba meningkat kepada RM46 bilion.
Labels:
UMNO Penang
Kit Siang Nasihat Anak Dahulu
BUKIT BENDERA, 13 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menyelar tindakan Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang kononnya mahu menjadi hero dalam kes rasuah apabila mengingatkan barisan kabinet yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai perdana menteri mengambil peduli amaran Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengenai gejala rasuah dan pecah amanah di negara ini.
SURVIVAL UMNO BERGANTUNG KEPADA SOLIDARITI AHLI PERTAHANKAN PARTI - @Zahid_Hamidi
Gelombang politik yang melanda UMNO ketika ini menuntut anggota bersama-sama barisan kepimpinan mempertahankan organisasi itu demi memastikan UMNO terus utuh dan dapat mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam nada berterus terang menyingkap keadaan politik semasa negara, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui cabaran getir yang dihadapi UMNO, parti tunjang Barisan Nasional (BN), berikutan pelbagai serangan daripada pembangkang termasuk daripada bekas pemimpin utama UMNO.
Labels:
UMNO
LUKISAN ZUNAR : KERAJAAN DAP PATUT CERMIN DIRI DULU - ABD RAZAK
Ketua UMNO Bahagian Jelutong, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman pula membidas kepimpinan kerajaan negeri kerana memberi contoh yang tidak baik kepada rakyat.
“Jika beginilah cara kepimpinan Dap sekiranya mereka berjaya memegang tampuk kepimpinan negara, bagaimana mereka mahu memastikan negara ini aman damai kerana mereka sendiri tidak reti untuk menghormati bangsa lain serta pemimpin negara.
“Kita walaupun berpolitik tidak sesekali menghina pemimpin mereka dengan keji walaupun pemimpin mereka Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terpalit dengan isu rasuah.
“Mereka sepatutnya cermin diri dan belek kain sendiri yang koyak rabak sebelum mahu menyelak kain orang lain.
“Saya cabar mereka untuk bersihkan dulu kepimpinan negeri Pulau Pinang yang sombong dan bongkak sebelum mahu menuding jari kepada orang lain,” bidasnya. – MediaUMNO
Labels:
UMNO Penang
PULAU JEREJAK BUKAN LAGI MILIK PULAU PINANG DI BAWAH KERAJAAN DAP
GEORGETOWN - Pulau Pinang hilang sepenuhnya pemilikan terhadap Pulau Jerejak apabila negeri ini, melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), menjual 49 peratus miliknya kepada anak syarikat Ideal Properties, Q Island Development.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata sekiranya kerajaan negeri mewartakan Pulau Jerejak sebagai taman negeri lapan tahun lepas, rakyat Pulau Pinang tidak akan hilang keseluruhan pulau itu kepada sebuah syarikat swasta.
"Pada 2013, kerajaan negeri pimpinan DAP, melalui PDC, membatalkan perjanjian dengan Ideal Properties dan menurut sumber PDC, sekiranya perjanjian itu terlaksana, kerajaan negeri berpotensi meraih keuntungan RM220 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Teng, kerajaan negeri tidak meluluskan usaha sama berkenaan pada 2013 dan sebaliknya menjual 49 peratus saham pulau itu tahun ini pada harga RM156 juta.
Projek pembangunan semula Pulau Jerejak sepatutnya dilaksanakan secara usaha sama antara Q Island Development dan UDA Holdings, sebuah syarikat berkaitan kerajaan.
Pada 10 November, Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang juga pengerusi PDC, menggesa Gerakan mendapatkan penjelasan daripada UDA memandangkan syarikat itu terletak di bawah kerajaan persekutuan.
Teng bagaimanapun berkata UDA tidak melaporkan perjanjian berkenaan kepada BN dan perjanjian mengenai syarikat itu hanya dibentangkan di Parlimen.
"Apa yang kami mahu sekarang ialah kerajaan negeri memberi penjelasan penuh tentang perjanjian berkenaan," katanya.
UDA Holdings, dalam satu kenyataan pada 8 November, mengesahkan mengadakan usaha sama dengan Q Island Development mengenai projek itu, yang dijangka siap dalam masa lapan hingga 10 tahun. Jumlah kos tidak ditentukan.
Menurut UDA, pelan pembangunan semula pulau itu telah diluluskan kerajaan negeri. Empat hotel bertaraf lima bintang, 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5km akan dibina di pulau itu bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di Pulau Pinang. - Bernama
Labels:
BN














