KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean akan diadakan Isnin depan di Yangon, Myanmar bagi membincangkan isu penindasan dan kekejaman terhadap etnik Rohingya di negara itu.
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pada mesyuarat itu akan mencari jalan penyelesaian jangka panjang mengenai situasi semasa di Rakhine, wilayah utara Myanmar.
“Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak (Malaysia dan Myanmar) berbalas kenyataan bagi menegakkan pendirian masing-masing dan akhirnya negara itu akur dengan saranan yang dibuat berterusan oleh Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Negara hari ini.
Terdahulu Reezal Merican berkata kementerian itu menulis surat kepada Menteri Luar Laos selaku negara itu sebagai pengerusi Asean pada 27 November lalu bagi mencadangkan Mesyuarat Tergempar Menteri-menteri Luar Asean diadakan untuk menangani isu itu, tetapi ia ditolak.
“Malaysia telah bertegas bahawa situasi di Rakhine tersebut telah menjadi suatu isu antarabangsa yang mempunyai implikasi kepada kestabilan politik dan ekonomi serantau, bukannya isu dalaman kerajaan Myanmar (semata-mata),” katanya.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata Sekretariat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah memaklumkan kepada semua negara anggota OIC bagi mendapatkan persetujuan mengenai penganjuran mesyuarat tergempar dan kesediaan Malaysia menganjurkannya.
Best Place to Sell Gold in Malaysia (2026 Update)
-
With gold prices soaring past RM310/g in early 2026, now is the perfect
time to cash in. But finding the best place to sell gold in Malaysia is
about mor...
4 days ago

Post a Comment