Headlines News :
Home » , » 1,000 BUBUR LAMBUK DIAGIHKAN - UMNO BUKIT MERTAJAM

1,000 BUBUR LAMBUK DIAGIHKAN - UMNO BUKIT MERTAJAM

BUKIT MERTAJAM - Tradisi memasak bubur lambuk secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai merupakan kelaziman di negara ini setiap kali tiba bulan Ramadan. 



UMNO Bahagian Bukit Mertajam tidak terkecuali mengambil keberkatan sempena bulan mulia itu dengan melakukan perkara sama untuk mengeratkan hubungan sesama umat Islam. 

Ketuanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, aktiviti berkenaan merupakan program tahunan dan diteruskan kali ini dengan menyediakan sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk. "Kita memasak enam periuk bubur lambuk secara bergotong-royong sejak pukul 8 pagi. 

 "Bubur lambuk itu kemudian dibungkus dan diagihkan kepada cawangan UMNO serta surau-surau di dalam kawasan Bukit Mertajam," katanya ketika ditemui selepas mengedarkan bubur lambuk berkenaan kepada orang ramai di Masjid Kampung Rambai, di sini semalam. 

 Katanya, seramai 30 orang menyertai gotong-royong berkenaan termasuk menyediakan bahan-bahan mentah seperti beras, bawang putih, bawang merah, halia, serbuk rempah kurma, kulit kayu manis dan buah pelaga. 

 Tambahnya, kesemua bubur lambuk berkenaan habis diedarkan kepada orang ramai selepas solat Asar. Musa berkata, sebanyak 20 buah surau dalam kawasan Bukit Mertajam turut diberikan sumbangan RM300 untuk aktiviti sempena bulan Ramadan. 

"Saya berharap sumbangan ini dapat digunakan oleh pengurusan surau-surau berkenaan untuk membeli makanan dan mengadakan jamuan selepas solat tarawih," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger