Headlines News :
Home » » MCA BUAT KEJUTAN TAK BERTANDING PRK BUKIT GELUGOR

MCA BUAT KEJUTAN TAK BERTANDING PRK BUKIT GELUGOR





PULAU PINANG 10 Mei - MCA memutuskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei ini.

Keputusan itu diumumkan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang menyifatkan keputusan tersebut dimuktamadkan dalam mesyuarat parti berkenaan pagi ini.

Menurut beliau, keputusan itu juga sudah diperhalusi dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan turut dimaklumkan kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Keputusan ini dicapai sebulat suara dalam mesyuarat MCA selepas kita mempertimbang pelbagai faktor dan Pengerusi BN juga menerima perkara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ini merupakan kali pertama MCA membuat keputusan tidak meletakkan calon dalam PRK di kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu.

Menurut Ka Chuan, antara pertimbangan yang diambil MCA dalam membuat keputusan tidak bertanding adalah bagi memberi tumpuan kepada krisis Perlembagaan yang dicetuskan Pas.

Walau bagaimanapun katanya, MCA memberi jaminan akan terus berkhidmat kepada masyarakat di Parlimen Bukit Gelugor meskipun memilih tidak menyertai PRK berkenaan. - UTUSAN ONLINE


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger