Headlines News :
Home » » DAP KUNCI MULUT DAKWAAN TRADISI " ANAK BERANAK" DI PRK BUKIT GELUGOR

DAP KUNCI MULUT DAKWAAN TRADISI " ANAK BERANAK" DI PRK BUKIT GELUGOR




BUKIT GELUGOR Sewaktu persoalan 'melebihkan anak beranak' berlegar-legar di sebalik pemilihan anak mendiang Karpal Singh sebagai calon di Bukit Gelugor, pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Koon Yeow mempertahankan tindakan itu. Menurutnya, DAP tidak perlu menjelaskan langkah tersebut kerana mereka memilih yang terbaik.

 "Bolehkah kita namakan sesiapa yang jauh lebih sesuai daripada Ramkarpal Singh?" tanya Chow sewaktu ditemui di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang.

 "Kami rasa berdasarkan senario politik semasa, beliaulah yang terbaik. "Kita perlu seseorang untuk mengisi kekosongan dan meneruskan misi dan perjuangan yang ditinggalkan Karpal Singh, daripada sudut politik dan perundangan," katanya.

 Ramkarpal, 38, adalah seorang peguam dan merupakan anak ketiga mendiang Karpal Singh. Beliau diumumkan sebagai calon di Bukit Gelugor mewakili DAP selepas disaring bersama empat nama lain.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger