Headlines News :
Home » » NASIHAT TUN MAHATHIR KEPADA PERWAKILAN UMNO

NASIHAT TUN MAHATHIR KEPADA PERWAKILAN UMNO



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan para perwakilan supaya bijak menilai seorang pemimpin UMNO yang bertanding dalam pemilihan parti Sabtu ini dan 19 Oktober depan.

Dalam nada tegas, Dr. Mahathir turut mengingatkan para perwakilan supaya mengambil kira pandangan rakyat yang bukan ahli UMNO sebagai satu pertimbangan dalam memilih pucuk pimpinan parti itu.

"Sebenarnya saya tidak mahu campur dalam perkara ini. Namun, saya mahu peringat semua orang, pemilihan ini mungkin dalam UMNO sahaja tetapi sama ada pemilihan pemimpin ini yang terbaik atau tidak, ia akan terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir mengadakan lawatan ke tapak projek kerja-kerja bawah tanah dan terowong Lembah Klang Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Cochrane, Cheras, di sini hari ini.

Turut hadir dalam lawatan itu, Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad, Datuk Seri Che Khalid Mohd Noh dan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO menegaskan, sekiranya para perwakilan memilih pemimpin yang tidak baik, peluang untuk memenangi PRU-14 tidak akan tercapai.
Katanya, walaupun pemimpin yang dipilih dalam pemilihan itu menang dengan majoriti besar dan rakyat di luar merasakan beliau tidak layak, akhirnya tiada sokongan untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"(Para perwakilan) jangan fikir orang ini (rakyat bukan ahli UMNO) tiada kaitan dengan pemilihan kerana mereka mempunyai kaitan dalam PRU-14.
"Esok kalau dia tidak suka, dia tidak akan undi pemimpin itu," katanya


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger