Headlines News :
Home » » Keputusan pertahan Prmtg Pauh bukti Anwar pelakon handalan Bollywood

Keputusan pertahan Prmtg Pauh bukti Anwar pelakon handalan Bollywood




- Keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas menyuarakan hasratnya bertanding di Perak diibaratkan sebagai 'lakonan' hebat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakannya itu dilihat hanya sekadar mahu mendapat simpati daripada pengundi dan penyokongnya di Permatang Pauh.
Menurutnya, beliau dari mula memang tidak percaya Anwar akan berbuat demikian kerana rakyat di Perak menolaknya.

"Saya tidak terkejut dia nak kembali bertanding di Permatang Pauh sebab rakyat sudah faham perangai Anwar, seorang pelakon Bollywood handalan di Malaysia.

"Dia cakap nak bertanding di Perak pun sekadar mahu mendapat simpati daripada pengundi dan penyokongnya di Permatang Pauh. Saya percaya dia tidak akan diterima di Perak. Kalau bertanding di sana pun, sebelum pilihan raya dia sudah kalah," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Fiesta Futsal 2013 anjuran Kelab Motosikal SYM 1Malaysia di sini hari ini.

Malam tadi, Anwar mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam satu ceramah di Padang Awam Taman Pauh, Sungai Ara dekat sini. - UTUSAN

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger