PULAU PINANG 2 April - Ketua Menteri, Lim Guan Eng seolah-olah mengaku kalah lebih awal selepas memutuskan tidak akan menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. (PRU-13).
Menurut Guan Eng, keputusan itu dibuat selepas beliau berasa seperti 'dipermainkan' Chang Yeow berhubung hasrat bertanding menentang antara satu sama lain dalam pilihan raya itu.
Sambil menuduh Chang Yeow tidak serius dalam perkara itu, Guan Eng seolah-olah membuat pusingan U apabila mahu kembali mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih yang diwakilinya.
"Saya tidak akan melayan lagi permainan politik beliau (Chang Yeow) dan
mempertimbangkan untuk kembali ke Air Putih.
mempertimbangkan untuk kembali ke Air Putih.
"Chang Yeow tidak jujur apabila memberi pelbagai syarat. Oleh itu, pertarungan antara kami sudah berakhir," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, Guan Eng mencabar Chang Yeow menentangnya dalam PRU-13 dan diterima Setiausaha Agung Gerakan itu dengan syarat kerusi yang dipertandingkan ditetapkan BN.
Bagaimanapun, Guan Eng mula berdolak-dalik dengan menyatakan hanya mahu bertanding di DUN Padang Kota yang pernah diwakili Chang Yeow selama tiga penggal.
Post a Comment