PULAU PINANG 5 April - Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi jaminan akan menyerahkan kuasa pentadbiran dengan lancar sekiranya pembangkang kalah di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Menurutnya, beliau berharap perubahan dan pemindahan kuasa itu jika berlaku kelak akan dilaksanakan secara teratur dan tenteram.
"Saya juga berharap proses pilihan raya umum kali ini dapat dijalankan secara aman tanpa diganggu oleh sebarang bentuk kebencian dan keganasan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Post a Comment