Headlines News :
Home » » NGO P.Pinang buat laporan polis kenyataan biadap Tian Chua

NGO P.Pinang buat laporan polis kenyataan biadap Tian Chua




BUKIT MERTAJAM -  Kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO turut menimbulkan kemarahan NGO-NGO di P.Pinang

Ekoran itu, seramai 3  orang wakil daripada  14 NGO  seperti  Gerakan Belia 4B Permatang Pauh , Kelab Warisan P.Pinang, Sekretariat Perhimpunan Melayu P.Pinang    tersebut tampil membuat laporan di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah  (SPT) di sini hari ini.


Menurut wakil kumpulan itu, Mohd Amiruddin Abd Hamid  laporan tersebut bertujuan membolehkan polis mengambil tindakan segera kerana kenyataan Tian Chua boleh menimbulkan suasana tegang dalam kalangan penduduk di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Permatang Pauh berkata kenyataan Ahli Parlimen Batu itu dilihat sebagai  satu penghinaan kepada anggota keselamatan  termasuk adiknya  sendiri yang sedang bertugas Lahad Datu .

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger