Headlines News :
Home » » DAP patut malu kritik SPR tapi dalam parti sendiri tak telus

DAP patut malu kritik SPR tapi dalam parti sendiri tak telus



BALIK PULAU 6 Jan. - Sikap DAP yang suka mengkritik sistem pilihan raya serta mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus dan tidak adil kini memakan diri sendiri apabila parti itu dimalukan semasa proses pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini.

Yang Dipertua Komuniti 1Malaysia Daerah Barat Daya, Datuk Shah Headan Ayoob Shah berkata, sikap DAP itu tidak ubah seperti peribahasa, ayam jantan berkokok berderai-derai tetapi ekornya dipenuhi najis.

Menurutnya, kesilapan dalam jumlah besar itu ternyata sesuatu yang luar biasa dan tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah organisasi yang sering menganggap diri mereka hebat.

"Kalau ditanya satu dunia, saya percaya apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang sukar untuk diterima," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada lima anak peniaga pasar tani yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), di sini hari ini.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger