Headlines News :
Home » » 20 penjaja Padang Kota Lama ingin terus berniaga

20 penjaja Padang Kota Lama ingin terus berniaga



 GEORGE TOWN, 23 Okt (Bernama) -- Seramai 20 penjaja kecil di Padang Kota Lama tetap bertegas untuk berniaga di kawasan itu walaupun terpaksa berhadapan dengan tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hampir setiap malam.

 Penjaja barang mainan, Ruzaimi Abdul Hamid, 34, berkata beliau dan peniaga lain tidak mempunyai mata pencarian lain dan kebanyakannya mula berniaga di situ sejak lapan tahun lepas. Beliau berkata jika operasi perniagaan tidak diteruskan, kawasan yang menjadi tarikan pelancong itu menjadi gelap dan sunyi. 

"Memorandum yang kami hantar 11 Okt lepas pun Ketua Menteri Lim Guan Eng tak jawab. Jika kerajaan negeri boleh beri lesen kepada penjaja kecil di Persiaran Gurney dan Queensbay kenapa tidak buat perkara serupa kepada kami?," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

 Penjaja aksesori Lim Kin Hen, 58, pula meluahkan rasa hairan mengenai sebab sebenar permohonan lesen mereka tidak diendah MPPP kerana mereka tidak mengganggu lalu lintas mahupun pejalan kaki. -- BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger