Headlines News :
Home » » MIC cabar Guan Eng & Betty jalani ujian mengesan pembohongan

MIC cabar Guan Eng & Betty jalani ujian mengesan pembohongan




KUALA LUMPUR 10 Julai - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew perlu menjalani ujian mengesan pembohongan bagi membuktikan Setiausaha Agung DAP itu tidak mempunyai hubungan dengan bekas pekerjanya, Ng Phaik Kheng.

 Timbalan Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan MIC, Datuk R. Ramanan berkata, ia adalah cara terbaik buat mereka membersihkan nama berikutan kontroversi itu. Katanya, Guan Eng perlu meletak semua jawatan jika keputusan ujian berkenaan menunjukkan beliau berbohong dengan penafian yang dibuat sebelum ini.

 "Saya secara peribadi sangat simpati kepada Guan Eng dan keluarganya. Beliau boleh membuktikan hubungan tersebut tidak wujud dengan menjalani ujian mengesan pembohongan. "Penafian beliau (Guan Eng) sangat meragukan rakyat dan ujian itu akan membersihkan namanya semula jika benar tiada hubungan tersebut terjalin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Kontroversi melibatkan Guan Eng, Betty Chew dan Phaik Kheng mula tercetus minggu lalu semasa sidang Dewan Undangan Negeri Melaka apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo bertanya kepada Betty yang juga ADUN Kota Laksamana jika beliau mengenali Phaik Kheng. Pada sidang akhbar Sabtu lalu, Betty menafikan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan Phaik Kheng yang pernah bertugas di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Jelas Ramanan, walaupun Guan Eng menyatakan tiada bukti kukuh mengenai isu tersebut, timbul persoalan kenapa isterinya terkejut apabila disoal oleh Tian Loo minggu lalu.

 Katanya, Betty juga didakwa tidak boleh menjawab soalan Tian Loo hingga sidang Dewan menjadi huru-hara dan mengakibatkan lima ADUN DAP digantung daripada menghadiri Dewan kerana membawa sepanduk mengutuk Tian Loo dan Speaker DUN berhubung isu itu. "Kalau tiada api masakan boleh ada asap.

Kalau tiada angin, kenapa pokok boleh bergoyang. Oleh itu, ujian mengesan pembohongan boleh menjelaskan kesemuanya termasuk penafian Guan Eng dan Betty," ujarnya. Tambah Ramanan, turut menimbulkan persoalan adalah mengapa Phaik Kheng enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu itu. Katanya, Phaik Kheng tidak seharusnya berkata no comment, sebaliknya dia patut menegaskan no such thing.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger