Headlines News :
Home » » DAP DI CABAR !!

DAP DI CABAR !!



PULAU PINANG 3 Mei – Kerajaan negeri DAP hari ini dicabar untuk berterus terang dengan segera memberi penjelasan apakah mereka sebenarnya mengamalkan konsep “Hitlerisme” yang mengutamakan kaum-kaum tertentu.

Meskipun sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang dengan gahnya melaungkan kononnya mengamalkan pentadbiran bersih, cekap dan telus namun hakikatnya laungan itu sekadar retorik kosong semata-mata.

Sebagai contoh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mendedahkan hanya 14.9 peratus lesen perniagaan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini pada tahun lalu diagihkan kepada peniaga Melayu.

Tegasnya angka tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan orang Melayu yang merangkumi 45.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini.

Beliau menjelaskan kaum Cina merupakan yang paling ramai diberikan lesen perniagaan, manakala kaum India juga sedikit.

“Justeru, UMNO ingin bertanya kepada kerajaan DAP Pulau Pinang, apa langkah drastik yang positif boleh dilakukan mereka bagi menambah jumlah lesen berniaga untuk orang Melayu.”

“Ramai lagi orang Melayu yang tidak dapat lesen niaga. Adakah mereka (kerajaan negeri) mengamalkan konsep Hitlerisme iaitu hanya kaum tertentu diutamakan sedangkan kaum-kaum lain ditindas atau dipinggirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri, di sini, Isnin malam

Hadir sama timbalannya, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Bendahari UMNO Pulau Pinang, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Zainal Abidin berkata, beliau mempunyai maklumat mengenai pengagihan lesen tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

“Biarlah Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang jelaskan sendiri,” ujarnya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger