KUALA LUMPUR 17 Feb. - Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk membuat semakan kehakiman bagi membatalkan arahan supaya beliau mengosongkan premis Pusat Komuniti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga iaitu kawasan yang diwakilinya.
Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu selepas menemui pihak-pihak terbabit iaitu Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Mohd Zaharudeen Harun yang mewakili Azhar dan Peguam Kanan Persekutuan, Haryati Ahmad dalam kamarnya, hari ini.
Rohana juga membenarkan permohonan Azhar, 65, yang mahu arahan itu digantung sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai diputuskan oleh mahkamah.
Mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk mendengar semakan itu. - Bernama
Bezza Tyre Size: A Practical Guide For Choosing The Right Fit
-
Learn how bezza tyre size affects comfort, safety, and tyre replacement
decisions for everyday driving in Malaysia. Bezza Tyre Size: A Practical
Guide Fo...
1 week ago
Post a Comment