Headlines News :
Home » » Perhimpunan Agung UMNO 2010. Selamat bersidang buat semua perwakilan.

Perhimpunan Agung UMNO 2010. Selamat bersidang buat semua perwakilan.



Hari ini bermulanya Persidangan Agung UMNO 2010 Kali ke 64 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Malam ini Perasmian Bersama 3 Sayap Pemuda, Wanita dan Puteri akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Presiden UMNO Malaysia mengingatkan agar persidangan kali ini akan menjadi persidangan yang lebih bermakna. Beliau berharap agar persidangan tahun kali dapat melahirkan susun atur yang lebih efektif dan strategi yang lebih baik. Bagi menjalankan kerja dengan lebih berkesan, maka setiap kepimpinan dan ahli UMNO perlu melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan lebih strategik.

Dalam keadaan sedia ada hari ini, UMNO perlu berada pada tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Terutama pada ketika ini puak pembangkang berada dalam keadaan yang cukup lemah dan cacamarba. Pentadbiran mereka juga dilihat semakin hari, semakin bercelaru. Mereka bermula dengan Gerakan Reformasi dan kini berakhir dengan Penetrasi.

UMNO perlu tetap dengan agenda Transformasinya demi memajukan rakyat dan Negara dimasa akan datang. Jika mahu dibuktikan sumbangan dan perjuangan yang telah dilaksanakan oleh UMNO mungkin tidak termampu untuk disenaraikan. Hanya sejarah sahaja yang mampu menentukan segalanya.

Namun UMNO perlu melakukan perubahan secara inklusif. Pemimpinnya perlu turun ke padang dan merapatkan diri dengan ahli. Bukan hanya sekadar menjaga orang sekeliling sahaja jauh sekali berbalah sesama sendiri. Dalam masa yang sama perlu berlaku adil kepada semua bangsa kerana sesungguhnya berlaku adil itu menghampirkan diri kita kepada Taqwa.

Oleh yang demikian, diharap dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan ada sesuatu yang boleh diimplikasikan oleh setiap pihak dan dilaksanakan dengan lebih efisyen. Pelan kontegensi perlu dilahirkan bagi memastikan kelansungan perjuangan UMNO dapat diteruskan.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger