Headlines News :
Home » » TIADA KEPERLUAN LANTIK TPM JIKA BUBAR PARLIMEN DALAM MASA TERDEKAT - ZAIDI

TIADA KEPERLUAN LANTIK TPM JIKA BUBAR PARLIMEN DALAM MASA TERDEKAT - ZAIDI



PELANTIKAN Timbalan Perdana Menteri disifatkan pembaziran dan tidak memberi manfaat kepada rakyat jika pembubaran Parlimen dibuat dalam masa terdekat.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno sudah beberapa kali memberi isyarat yang jelas mengenai pembubaran tersebut.

“Iaitu beliau bersedia membubar Parlimen dalam masa terdekat jika semua pihak bersedia untuk menghadapinya.

“Justeru itu, tiada keperluan untuk beliau melantik TPM pada tempoh yang semakin singkat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Zaidi, rakyat juga semakin yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri malah majoritinya pasti tidak mahu berlaku pembaziran dengan pelantikan yang tidak membawa apa-apa faedah kepada mereka.

“Jadi, sepatutnya pada saat ini semua pihak perlu menghimpunkan kesatuan dalam satu ‘raga’ demi membina kembali negara selepas era covid 19, bukan memikir untuk memenuhi tembolok nafsu politik semata-mata,” katanya. – Malaysiapost

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger