Headlines News :
Home » , , , » Pemuda UMNO buat 6 laporan polis

Pemuda UMNO buat 6 laporan polis




GEORGETOWN- Pemuda UMNO negeri menggesa polis melakukan siasatan terhadap sebuah laman blog yang didakwa mengandungi laporan penganjuran pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan serta melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Selain itu, polis juga diminta untuk melakukan siasatan terhadap pembabitan Ahli Parlimen (DAP) Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi dalam majlis pertemuan paderi itu yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini.



Ketua Pemuda UMNO Negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, perkara yang berlaku itu jelas mampu menimbulkan permasalahan antara kaum dan bertentangan dengan undang-undang.

“Sekiranya dakwaan terbabit benar, kami meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Kerajaan Negeri serta sesiapa yang terbabit manakala jika ia hanya satu fitnah, penyebar fitnah terbabit perlu dihukum,” katanya ketika ditemui media di pekarangan Balai Polis Jalan Pattani.

Menurutnya, enam laporan polis itu dibuat oleh Pemuda UMNO Jelutong, Tanjung, Bukit Gelugor, Balik Pulau, Bayan Baru dan Bukit Mertajam.

Shaik Hussein berkata, KDN bukan sahaja perlu memantau dan memberi amaran tetapi bertindak tegas demi keselamatan serta keharmonian negara. Beliau turut memberi amaran kepada DAP supaya tidak mengaitkan UMNO dalam isu ini kerana parti ini tidak pernah terlibat mencetuskan ketegangan kaum.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger