Headlines News :
Home » » KEPUTUSAN BERGERAK SOLO PRU15 MASIH BOLEH BERUBAH IKUT SITUASI - TOK MAT

KEPUTUSAN BERGERAK SOLO PRU15 MASIH BOLEH BERUBAH IKUT SITUASI - TOK MAT

 




ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan keputusan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan berubah mengikut situasi semasa dan kecenderungan untuk menang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata keadaan itu boleh berlaku berikutan dinamik politik sering berubah-ubah.

Bagaimanapun, katanya, pendirian BN untuk bersendirian menghadapi PRU-15 setakat hari ini masih kekal.

"Pada ketika ini parti sudah buat keputusan BN akan bergerak solo. Itu setakat hari inilah sebab politik ini kadang-kadang ia tidak statik. Jadi ini belum kita putuskan lagi.

"Boleh jadi esok, ada pula pandangan kita macam lain dan kita akan ubah suai mengikut situasi, yang pentingnya kita nak menang. Bagaimana nak menang? Menerusi strategi dan taktikal kita," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya dan pimpinan Bahagian UMNO Kedah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, UMNO kini sedang membuat penilaian kedudukan parti di setiap negeri bagi memantau tahap persediaan jentera BN menerusi siri jelajah sehingga pertengahan bulan depan.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan dalam parti terlebih dulu sebelum kajian kedudukan setiap negeri diperhalusi.

"Apa yang perlu kita buat di setiap negeri dan pendekatan berbeza-beza sebab politik sekarang tak boleh macam dulu lagi. Contohnya di Kedah, sekejap PAS menang, sekejap BN menang, susah nak cakap.

"Namun daripada pengamatan saya, jentera dan gerak kerja parti kemukakan strategi yang meyakinkan, namun kita perlu berhati-hatilah elak tersilap langkah," katanya.

Mohamad berkata, laporan setiap UMNO Bahagian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri untuk memastikan sama ada UMNO sudah bersedia atau sebaliknya untuk menghadapi PRU-15.

"Ramai orang kata mahu adakan PRU-15, tetapi adakah parti sudah bersedia. Inilah laporan yang akan menyatakan kesediaan parti, supaya kita jangan tersalah langkah.

Pemilihan calon belum kita bincang lagi," katanya.

Beliau berkata, selepas Perlis dan Kedah, siri jelajah akan diteruskan ke Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sehingga selesai semua negeri.

sumber : Berita Harian 

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger