BUKIT BENDERA, 13 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menyelar tindakan Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang kononnya mahu menjadi hero dalam kes rasuah apabila mengingatkan barisan kabinet yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai perdana menteri mengambil peduli amaran Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengenai gejala rasuah dan pecah amanah di negara ini.
Jelasnya, Kit Siang seperti terlupa yang anaknya Lim Guan Eng kini sedang berhadapan dengan kes rasuah dan sepatutnya dia menasihati anaknya itu agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Inilah yang dikatakan kuman di seberang laut boleh nampak, gajah depan mata buat-buat tak nampak… Kit Siang sepatutnya cermin diri sebelum menuding jari kepada pihak lain.
"Kit Siang patutnya sedar, Guan Eng sedang berhadapan dakwaan salah laku jenayah dalam pembelian banglo mewah di bawah harga pasaran malah turut dikaitkan dalam salah guna kuasa penjualan tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Ini belum lagi ujar beliau kes kerajaan negeri pimpinan Dap yang terus tutup mulut dalam isu RM305 juta yang ‘dibuang’ begitu sahaja hanya semata-mata untuk menyediakan kertas kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut yang dilakukan tanpa mengambil kira pandangan dan kajian yang mendalam.
"Jadi sebelum mahu menuduh orang lain, silalah semak keluarga sendiri yang penuh dengan rasuah dan putar belit,” katanya
Tambah Rafizal, Kit Siang sebenarnya tidak layak langsung untuk bersuara isu berkaitan rasuah kerana dalam Dap sendiri banyak dikaitkan dengan skandal rasuah dan salah laku guna kuasa.
“Jika hendak bercakap berkaitan rasuah dan salah laku guna kuasa, Dap perlu terlebih dahulu menjelaskan isu salah kira undi dalam pemilihan CEC mereka dan Kit Siang juga harus mendesak anaknya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua menteri.
"Selagi dia tidak berani melakukan perkara ini, jadi lebih baik dia diam,” tegas Rafizal lagi.
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
10 hours ago
Post a Comment