Headlines News :
Home » » KARTUNIS ZUNAR DITAHAN POLIS

KARTUNIS ZUNAR DITAHAN POLIS

GEORGE TOWN: Kartunis Zunar ditangkap kerana pelanggaran keamanan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan, kata peguamnya R S N Rayer.



Rayer berkata polis mungkin akan memohon perintah reman esok.

"Saya tidak boleh mengatakan apa-apa lagi pada masa ini. Apa yang saya boleh katakan, Zunar ditangkap dan polis sedang memproses kertas seperti dikatakan,” kata Rayer ketika dihubungi.

 Ketua Polis Daerah Timur Laut Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas, mengesahkan Zunar ditahan di Balai Polis Daerah Timur Laut di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

 Semalam, beberapa ahli Pemuda Umno Pulau Pinang menuntut Zunar menurunkan lukisannya yang dipamerkan di ruang legar Komtar.

 Ahli-ahli Pemuda Umno Pulau Pinang berkata, mereka mendapati lukisan Zunar menyinggung perasaan kerana menggambarkan perdana menteri dan pemimpin negara lain dalam keadaan yang buruk.

 Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail membuat laporan polis tidak lama selepas itu dengan mendakwa lukisan Zunar mengganggu keamanan rakyat Malaysia amnya.

 Norhiesam berkata ia sesuatu yang tidak boleh diterima bagi Zunar kerana menggambarkan pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam apa-apa cara.

 Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail membuat laporan polis sejurus itu dan berkata lukisan Zunar mengganggu keamanan rakyat Malaysia amnya. 

Norhiesam berkata, ia sesuatu yang tidak boleh diterima untuk Zunar berbuat demikian terhadap pemimpin negara seperti perdana menteri.

 Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, juga mendakwa kira-kira 30 orang yang mengerumuninya adalah ahli Umno, dan terpaksa membatalkan pameran atas sebab-sebab keselamatan.

Pameran itu sepatutnya berlangsung sehingga Ahad ini - FMT

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger