JELUTONG, 24 Nov – Hari berganti hari, bulan berganti bulan… Ibarat menanti buah yang tidak gugur, begitu jugalah penantian rakyat terhadap beberapa persoalan yang masih belum dijawab oleh Dap khususnya kepada Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan jawatan Lim Guan Eng.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Jelutong, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Dap yang selama ini ibarat buaya yang tidak menolak bangkai tiba-tiba seakan hilang selera untuk mengambil tindakan mahupun menyaman individu-individu yang mendakwa parti itu atau pemimpin mereka mengamalkan salahlaku.
“Kita tahu selama ini Dap akan cepat bertindak membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman terhadap mereka yang cuba merosakkan imej Dap mahupun imej Guan Eng. Tetapi atas beberapa persoalan yang dilemparkan, Guan Eng lebih mengambil pendekatan kunci mulut dan membiarkan persoalan tersebut tidak berjawab.
“Contohnya, sehingga hari ini Guan Eng masih tidak menjawab persoalan berkaitan status CEC malah jawatannya sebagai Setiausaha Agung juga masih tidak jelas. Ketika Guan Eng menandatangani watikah pilihan raya untuk membentuk kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, status CEC Dap masih belum disahkan. Jadi, adakah watikah pelantikan itu sah atau tidak?
“Selain itu Guan Eng juga masih gagal memberi penjelasan lengkap mengenai projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.34 bilion. Ini belum lagi kegagalannya berkaitan isu pembinaan rumah kos rendah dan sederhana yang katanya telah dibina namun sehingga hari ini tidak tahu lokasinya di mana,” katanya kepada UMNO-Online.
Sebelum ini, Guan Eng menafikan bahawa kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada tahun 2008.
Guan Eng mendakwa membina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta.
Namun begitu Guan Eng tidak menyatakan di manakah perumahan terbabit dibina dan ianya menjadi persoalan yang harus dijawab.
Selain itu ujar Razak, Guan Eng juga terus gagal menjawab isu harga kos rumah sederhana rendah (KSR). Kerajaan Dap Pulau Pinang katanya telah membeli rumah KSR dari pemaju dengan harga RM140 ribu sedangkan harga siling bagi jenis rumah berkenaan ditetapkan pada harga RM72,500 sahaja.
Lebih terserlah lagi sikap putar belit Dap apabila sehingga kini mereka tidak berani untuk mengambil tindakan saman terhadap bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang telah mendedahkan bahawa punca beliau keluar Dap pada tahun 2012 salah satunya disebabkan amalan rasuah dalam parti itu yang cukup teruk.
“Kenyataan Tunku Abdul Aziz ini terang-terangan menuduh Dap adalah sebuah parti yang penuh dengan rasuah dan jauh daripada slogan mereka iaitu Cekap, Akauntibiliti dan Telus (CAT).
“Begitu juga dengan tuduhan yang lebih serius oleh bekas sekutu mereka yang mendakwa Dap menerima dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU-13 lalu oleh Israel.
“Jika kita menuruti modus operandi puak Dap ini, mereka akan segera menyaman mana-mana pihak yang mengkritik mereka. Tetapi sehingga ke hari ini mengapa Dap terus menikus. Inilah yang menjadi persoalan dan sekaligus seakan membuktikan bahawa dakwaan-dakwaan tersebut adalah benar,” ulas Razak seterusnya.
Oleh itu, sekiranya Dap benar-benar tidak bersalah maka mengapa kebiasaan menyaman itu tidak dilakukan atau mereka bimbang proses di mahkamah akan membuka lebih banyak pekung busuk jijik parti tersebut.
Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker Seteru besar DS Najib yang juga
merupakan mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM lantikan politik di era Dr
Mahathir, Lathe...
21 hours ago
Post a Comment