Headlines News :
Home » » SEMUA AHLI PARTI BERTENANG & DISERU SOKONG PM , JANGAN TERPENGARUH DAKYAH PEMBANGKANG

SEMUA AHLI PARTI BERTENANG & DISERU SOKONG PM , JANGAN TERPENGARUH DAKYAH PEMBANGKANG




Dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Najib Razak, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Andan Tengku Mansor hari ini menggesa anggota parti untuk bertenang dan terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, beliau berharap anggota Umno dapat bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai tuduhan yang dilontarkan oleh mereka yang menangguk di air keruh terhadap Presiden Umno.

"Usahlah kita terpengaruh dengan pelbagai manipulasi dan provokasi yang dilontarkan oleh mereka, malah sikap mereka yang gemar menangguk di air keruh juga perlu kita awasi," kata Ku Nan.

Ku Nan berkata, dalam masa ini pihak pembangkang sepastinya berusaha mengambil peluang cuba merobohkan perpaduan yang telah dibina oleh Umno selama ini.

Oleh itu, Ku Nan berharap anggotanya supaya terus berwaspada dan tidak cepat terpengaruh dengan provokasi yang cuba dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Selain itu, Ku Nan berharap anggota Umno dapat terus berpegang teguh kepada matlamat perjuangan parti dan memastikan demokrasi terus subur.

"Kita perlu sedar dalam keadaan kita hari ini tentunya kita perlu terus waspada dan tidak alpa kerana pihak lain khususnya pembangkang sentiasa mencari ruang dan peluang bagi merobohkan perpaduan dan kesatuan yang menjadi benteng kita selama ini," katanya
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger