Kehadiran peserta demonstrasi membantah Kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Pulau Pinang dilihat mengecewakan dengan kehadiran tidak sampai 200 peserta. Sasaran awal penganjur adalah mencapai kehadiran 5,000 peserta.
Seramai 30 peserta dilihat berhimpun disekitar kuil Sree Gangtharan Siva Peruman seawal 9 pagi dan mula meningkat pada jam 10.30 pagi.
Demonstrasi anjuran Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Penang di persimpangan Jalan Telaga Air dan Jalan Siram itu bermula dengan beberapa pemimpin pembangkang sambil melaungkan "Hidup Rakyat! Hapus GST!".
Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi menegaskan perhimpunan membantah GST di Pulau Pinang disifatkan sebagai haram ekoran beliau belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan teresebut.
Walaubagaimanapun, Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) R Thevarajan bertegas untuk menganjurkan perhimpunan tersebut dan menagabikan untuk memberi notis 10 hari kepada pihak polis bagi menganjurkan perhimpunan sepertimana yang diperuntukkan oleh Akta Perhimpunan Aman 2012. Ianya berikutan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman berkaitan notis 10 hari sebagai tidak relevan].
Post a Comment