Headlines News :
Home » » ADUN BN PERTIKAI PBT KERAJAAN DAP TAK PEKA ISU LAMBANG SALIB DI GAMBAR KAABAH @dzainalabidin

ADUN BN PERTIKAI PBT KERAJAAN DAP TAK PEKA ISU LAMBANG SALIB DI GAMBAR KAABAH @dzainalabidin




PULAU PINANG  - Sikap tidak sensitif pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan kain rentang ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha yang mempunyai lambang seperti salib pada gambar Kaabah diselar wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Datuk Mahmud Zakaria (BN- Sungai Acheh) berkata, beliau kesal dengan perkara itu yang seolah- olah menunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak peka dengan isu-isu yang boleh mencalarkan kesucian dan imej Islam.

“Baru-baru ini ketika hendak menyambut Hari Raya Aidiladha ramai pemimpin pembangkang membuat ucapan menerusi kain rentang dan saya hairan apabila gambar pemimpin berkenaan asli serta langsung tiada perubahan namun ada sikit kelainan pada gambar Kaabah yang digunakan.

“Gambar itu bukan gambar asli dan ada simbol seolah-olah salib pada Kaabah itu yang telah mendatangkan perasaan kurang selesa kepada umat Islam," katanya ketika membahaskan bajet kerajaan negeri di sini hari ini.


Tindakan Mahmud itu bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang Datuk Rashid Hasnon (PKR- Pantai Jerejak) yang bangun mempersoalkan dan memintanya membezakan antara lambang salib dan simbol campur.

“Yang Berhormat boleh membezakan antara salib dan simbol tambah, bukankah simbol salib panjang sedikit?" soalnya.

Namun, kenyataan Rashid itu ditempelak Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang melahirkan rasa pelik terhadap sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit dan mempersoalkan mengapa gambar Kaabah asli tidak digunakan.
Saya pelik dengan Pantai Jerejak, mengapa isu panjang pendek simbol salib yang dipersoalkan tetapi tidak mahu melihat gambar Kaabah itu? Macam mana penguat kuasa agama di Pulau Pinang tidak perasan dan membiarkan kain rentang terbabit digantung sebegitu lama sehingga orang Islam marah ?

“Bagaimana pihak yang meluluskan kain rentang berkenaan tidak perasan tentang gambar Kaabah tersebut dan meluluskan kain rentang terbabit?," soalnya.

Namun, isu kain rentang berkenaan akhirnya selesai apabila Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim (PKR-Batu Maung) menjelaskan, pihaknya telah mengambil langkah segera dengan menurunkan kain rentang berkenaan selepas menerima laporan.

“Perkara ini sudah selesai dan saya selaku Exco Agama memohon maaf kepada semua umat Islam di negeri ini dan bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi, setiap rekaan berkaitan kesucian Islam hendaklah dirujuk dan diluluskan pihak berkuasa agama negeri terlebih dahulu," ujarnya.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger