Headlines News :
Home » » PERWAKILAN SOKONG KAEDAH PEMILIHAN BARU , TERJEMAHKAN SUARA AKAR UMBI

PERWAKILAN SOKONG KAEDAH PEMILIHAN BARU , TERJEMAHKAN SUARA AKAR UMBI




KUALA LUMPUR, 19 Okt – Rata-rata perwakilan dari UMNO Bahagian Bukit Bintang berpendapat bahawa kaedah pemilihan UMNO baru ini ternyata memberikan peluang kepada lebih 140 ribu perwakilan akar umbi dalam memilih pemimpin peringkat pusat yang dapat menterjemahkan aspirasi dan hasrat ahli-ahli diperingkat akar umbi. Menurut Johari Kassim, Ketua Cawangan Munshi Abdullah, kaedah pemilihan terbaru ini merupakan satu transformasi UMNO dalam usaha untuk membuka lebih peluang kepada ahli diperingkat akar umbi untuk memilih calon pemimpin yang sesuai dengan kehendak dan aspirasi mereka. 

“Saya secara peribadi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pimpinan pusat yang membuka peluang seluas-luasnya kepada para perwakilan di peringkat akar umbi untuk memilih kepimpinan yang dirasakan mampu untuk memperkasakan UMNO khususnya menghadapi PRU yang akan datang,” jelasnya. perwakilan-perhimpunan-agung-mesyuarat-umno

 Manakala bagi Ketua Wanita Cawangan Munshi Abdullah, Norizwarni Nordin, ruang lebih luas yang diberikan kepada sejumlah besar akar umbi bagi memilih pemimpin melalui kaedah baru ini dilihat sebagai satu penambahbaikan yang lebih mantap dalam memilih kepimpinan di peringkat pusat.

 “Ini merupakan peluang yang baik bagi kita diperingkat akar umbi untuk menterjemahkan hasrat dan aspirasi peringkat akar umbi untuk memilih kepimpinan pusat yang dapat membawa suara dan kehendak mereka. “Saya, sepertimana perwakilan lain yang pertama kali melalui proses pemilihan dengan menggunakan kaedah terbaru ini berasa amat yakin dan memuji sistem dijalankan secara teratur dan tidaklah terlalu rumit seperti mana yang kita sangkakan sebelum ini,” ujarnya.

 Bagi Muzafar Ali Khan Mohd Sidek, dari cawangan Jalan Sultan Ismail, yang juga merupakan salah seorang calon Ketua Pemuda Bahagian yang bertanding di peringkat pemilihan sayap pemuda bahagian baru-baru ini berkata, bahawa keterbukaan pemilihan memberi peluang kepada lebih ramai perwakilan untuk menterjemahkan suara diperingkat akar umbi.

 “Cuma apa yang saya rasakan bahawa perlu ada penambahbaikan di dalam sistem pemilihan ini agar ia lebih kemas dan teratur, antaranya seperti cadangan untuk mengadakan pemilihan secara berasingan di peringkat bahagian dan pusat,” jelasnya.

 Bagi Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Jalan P.Ramlee, selebiriti Serina Redzuawan, beliau merasa gembira dengan kaedah pemilihan terbaru UMNO yang memberikan ruang kepada pemimpin baru dan lama untuk bertanding serta membuka peluang yang lebih luas kepada perwakilan untuk memilih pemimpin. “Tetapi seperti biasa, kaedah terbaru ini juga mempunyai pro dan kontranya di mana ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik agar kaedah ini dapat menjadi satu kaedah pemilihan pemimpin yang lebih adil. “Saya sebagai perwakilan yang pertama kali menjalani proses pemilihan baru ini pada awalnya agak keliru juga dengan tatacara pemilihan, namun setelah diberikan penerangan diperingkat cawangan dan bahagian, saya dapati proses pemilihan ini mudah dan dapat dilaksanakan dengan kemas dan teratur,” ujarnya. – MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger