Keputusan rasmi berhubung pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein terus mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperolehi sebanyak 185 undi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memperolehi 174 undi manakala Datuk Seri Hishammuddin pula memperolehi 100 undi. Datuk Mukhriz Mahathir pula memperolehi sebanyak 91 undi, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad pula masing-masingmemperolehi tujuh undi.
Selain itu, Tajol turut mengumumkan Datuk Mohamed Aziz telah terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Tetap dengan memperolehi undi sebanyak 158 berbanding dua calon lain iaitu Datuk Abdul Rahman Palil yang memperolehi 25 undi manakala Ahmad Faris Abdullah gagal memperolehi sebarang undi.
Manakala Tan Sri Badaruddin Amiruddin pula terpilih sebagai Pengerusi Tetap UMNO Malaysia apabila diumumkan menang tanpa bertanding. Keputusan pertandingan bagi jawatan Majlis Tertinggi pula akan diumumkan petang esok.
Post a Comment