PUTRAJAYA 20 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau telah menjangkakan kekalahan yang bakal dihadapi oleh anaknya, Datuk Mukhriz dalam pertandingan enam penjuru bagi merebut salah satu slot jawatan Naib Presiden UMNO, semalam.
Dr. Mahathir berkata, sebelum pemilihan untuk jawatan itu diadakan lagi peluang untuk Menteri Besar Kedah tersebut menempatkan diri sebagai salah seorang pemenang daripada tiga Naib Presiden UMNO adalah tipis.
Sebelum bertanding saya sudah kata kalah, dia (Mukhriz) punya peluang hanya 50-50 dan ramalan saya memang betul," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Kejohanan Rowing dan Perahu Panjang Head of Putrajaya di Kelab Tasik Putrajaya di sini hari ini.
Yang hadir sama, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.
Semalam pertandingan sengit untuk mengisi salah satu slot dalam Naib Presiden UMNO menyaksikan Mukhriz berada di tempat keempat. Jawatan kekal dimenangi penyandang Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Mengulas lanjut, bekas Presiden UMNO itu berkata, kemenangan ketiga-tiga penyandang jawatan itu menunjukkan ahli UMNO masih mahu mengekalkan muka lama untuk jawatan penting itu.
Dalam pada itu, diminta mengulas adakah proses transformasi dan peremajaan UMNO akan berjaya dengan mengekalkan penyandang jawatan itu, beliau berkata, dari segi fizikal perkara tersebut tidak berjaya.
Sesetengah orang hendak perubahan, sesetengah hendak kekal, terpulang (pada ahli UMNO) tetapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan jadi baru dan dia (UMNO) dapat diremajakan," katanya.
Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Mukhriz mempunyai masa depan yang cerah berdasarkan jumlah undi yang diterimanya, jelas beliau, tiada sesiapa boleh meramalkan masa hadapan seseorang
Post a Comment