Headlines News :
Home » » UMNO P.Pinang kesal perbuaan biadap penyokong pembangkang

UMNO P.Pinang kesal perbuaan biadap penyokong pembangkang




PULAU PINANG 14 Julai - UMNO negeri kesal dengan tindakan biadab pihak tidak bertanggungjawab menconteng papan tanda mengandungi wajah pemimpin kerajaan dan individu yang telah banyak berjasa kepada negara.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, beliau percaya perbuatan itu dilakukan penyokong pembangkang berikutan budaya kebencian melampau yang diserapkan pemimpin mereka sejak sekian lama.

Menurutnya, golongan itu terlalu taksub dengan pemimpin mereka sehinggakan apa sahaja perkara berkaitan kerajaan atau pemimpin Barisan Nasional (BN) meskipun membawa kebaikan dianggap buruk.

"Mereka (penyokong pembangkang) telah dirasuk dengan kebencian melampau oleh pemimpin sendiri.
"Perbuatan menghina pemimpin negara adalah biadab dan tidak seharusnya dijadikan contoh oleh rakyat negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai papan tanda projek pembangunan semula penempatan penduduk oleh UDA Holdings Berhad (UDA) di Tanjung Tokong di sini, yang diconteng pihak tidak bertanggungjawab dipercayai penyokong pembangkang.

Papan tanda berkenaan mengandungi wajah pemimpin negara seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri kedua, Alllahyarham Tun Abdul Razak Hussein terletak di Jalan Tanjung Tokong yang merupakan laluan utama.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger