Headlines News :
Home » » Mangsa kebakaran tuntut janji rumah kerajaan DAP @dzainalabidin

Mangsa kebakaran tuntut janji rumah kerajaan DAP @dzainalabidin



PULAU PINANG 25 Sept. - Empat keluarga mangsa kebakaran di Jalan Sungai di sini, dua tahun lalu kesal dengan sikap dua pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang yang sehingga kini masih gagal menunaikan janji menyediakan kediaman baru untuk mereka.

 Mereka mendakwa, kedua-dua pemimpin tersebut iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow memberikan pelbagai alasan setiap kali masalah tersebut dibawa ke pengetahuan mereka. Salah seorang mangsa, Tan Hock Chai, 65, berkata, dia yang sudah menetap di situ sejak lebih 50 tahun lalu kesal kerana kedua-dua pemimpin berkenaan hanya pandai menabur janji.

 "Kami berjumpa Wei Aik pada Jun lalu yang mana beliau menyatakan pelan membina semula rumah sudah siap, cuma menunggu kelulusan pihak berkuasa.

 "Memang kami tinggal di tanah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetapi kami membayar cukai seperti yang ditetapkan, bukannya kami tinggal secara haram. Mengapa perlukan masa yang lama untuk meluluskan pelan itu?" katanya ketika ditemui di bekas tapak rumahnya di sini hari ini.

 Menurut Hock Chai, dia dan keluarganya kini terpaksa menyewa sebuah rumah di Jalan Perak dekat sini, dengan kadar bayaran yang mahal.

 "Saya mempunyai lapan ahli keluarga, jadi kami memerlukan rumah yang besar untuk tinggal menyebabkan saya terpaksa menyewa dengan kadar bayaran yang tinggi sementara menunggu rumah kami dibina semula. "Namun, kerajaan negeri seperti tidak prihatin dengan nasib kami," ujarnya. Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Komtar, Loh Chye Teik memberitahu, kerajaan negeri hanya bertindak ketika mahu meraih undi dan mengabaikan rakyat miskin selepas mendapat mandat memerintah.

 Katanya, kerajaan negeri sanggup mengeluarkan wang membina sebuah perhentian bas di Jalan Penang dengan kos RM90,000 daripada membina rumah buat mereka yang memerlukan.

 "Selalunya kita dengar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menekankan slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT), tapi di mana CAT itu sekarang? Adakah slogan itu sekadar cakap kosong?" ujarnya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger