Headlines News :
Home » » Bajet 2013 bukan beli undi, komitmen kerajaan makmur negara

Bajet 2013 bukan beli undi, komitmen kerajaan makmur negara




Pembentangan Belanjawan 2013 bukan langkah untuk membeli undi rakyat tetapi merupakan komitmen kerajaan untuk memakmurkan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Justeru, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak harus dituduh bersifat populis kerana berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan menunaikan janji yang diberi kepada rakyat.

 Katanya pelbagai dasar dan perbelanjaan yang dilaksana untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi sehingga negara mampu mencatat perkembangan memberangsangkan ketika dunia berdepan kemelut ekonomi, merupakan antara kejayaan besar kerajaan selain penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGV) yang mencatat Terbitan Saham Awal (IPO) kedua tertinggi selepas Facebook. “Ini kebanggaan kita, jadi kita tak boleh dituduh sebuah kerajaan yang bersifat populis.

 “Kerajaan yang bersifat populis adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab,yang menjanjikan perkara-perkara yang tidak mungkin dapat dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Jelajah Janji Ditepati’ di Stadium Belia dan SukanParoi, di sini. Kira-kira 12,000 anggota masyarakat dari seluruh pelusuk negeri memeriahkan majlis itu yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

 Najib berkata pembangkang merasa tercabar apabila kerajaan memilih slogan ‘Janji Ditepati’ kerana sedar janji-janji yang ditabur mereka tidak mungkinm dapat ditunaikan.

 “Bila kita pilih tema Janji Ditepati, mereka melenting sebab tahu janji mereka tidak boleh ditunaikan…BN tidak janji perkara yang tidak boleh ditunaikan, kita berpijak di bumi nyata,” katanya dan disambut dengan tepukan hadirin. Najib berkata pemilihan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang diumum dalam Belanjawan 2013 semalam juga merupakan satu sindiran kepada pembangkang ekoran menganjurkan Bersih 2.0.

 “Kita namakan BR1M 2.0 sebenarnya satu sindiran sebab pembangkang anjur Bersih 2.0 yang langsung tidak bersih…tetapi kita bagi BR1M untuk kesejahteraan rakyat. “Kalau negara kita makmur, kerajaan akan kongsi kejayaan dengan rakyat…jadi rakyat mesti yakin bahawa kerajaan sentiasa fikir apa yang telah dan yang baru akan dilakukan (untuk rakyat),” katanya.

 Najib juga mengaku selepas membentangkan Belanjawan 2013 semalam, banyak perkara yang difikirkannya terutama mengenai petikan Surah Al-Baqarah yang beliau baca kerana membawa makna yang sangat mendalam.

 Surah yang menekankan kepada melakukan kebaikan itu katanya sangat signifikan dengan apa yang dilakukan kerajaan, iaitu berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dan bukannya menabur fitnah, mencerca dan jauh sekali tidak menunaikan janji. Atas dasar itu rakyat terus meletakkan keyakinan dan menyokong kerajaanpimpinan BN walaupun selepas 55 tahun merdeka dan melalui 12 kali pilihan rayaumum.

 “Hubungan yang saya anggap sebagai wa’ad antara kerajaan dan rakyat ini tidak mudah diputuskan dengan fitnah yang dilemparkan kerana rakyat yakin hanya satu kerajaan yang boleh menepati janji iaitu kerajaan BN,” katanya disambut tepukan orang ramai.

 Pada majlis itu Najib turut melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)Seremban yang bakal dibina di empat lokasi strategik membabitkan pembinaan kira-kira 5,000 unit rumah dalam tempoh dua tahun.

 Melemparkan sindiran kepada kerajaan Selangor yang masih gagal menyelesaikanisu air di negeri itu, Najib berkata kesediaan kerajaan negeri bekerjasamadengan kerajaan persekutuan telah memungkinkan usaha sama melaksanakan projekperumahan berdasarkan keperluan rakyat.

 “Bukan seperti di Selangor isu air pun tidak boleh ‘settle’, di negeri ini boleh beri kerjasama yang baik,” katanya yang menambah bahawa rumah di bawah PR1MA akan dijual kepada mereka yang layak pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran. Selain itu Najib turut mengumumkan peruntukan RM158 juta untuk Dana MudahCara Pembangunan Lebuhraya Lekas-Temiang yang akan memanfaatkan kira-kira 10,000penduduk di kawasan sekitarnya. – BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger