Headlines News :
Home » » UMNO P.Pinang desak Guan Eng jawab skandal taman tema @dzainalabidin

UMNO P.Pinang desak Guan Eng jawab skandal taman tema @dzainalabidin






PULAU PINANG 27 Sept. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak memberi penjelasan berhubung dakwaan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Abdul Halim Hussain terlibat dalam satu projek Taman Tema Escape milik syarikat kerajaan negeri di Teluk Bahang.

 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Guan Eng perlu tampil memberikan penjelasan kerana perkara itu berkait rapat dengan rakyat selain sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam pentadbirannya. “

Saya ada bukti dan bersedia mendedahkan perkara ini. Rakyat mahu tahu apakah benar Abdul Halim mempunyai kepentingan dalam projek taman tema tersebut.

 “Bagaimanapun saya tidak akan dedahkan di sini mengenai nilai projek itu dan dalam aspek manakah beliau terlibat kerana menunggu penjelasan Ketua Menteri terlebih dahulu," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas hadir Mesyuarat Mingguan Jawatakuasa Penyelaras Barisan Nasional (BN) negeri di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow. 

Menurut Musa, projek itu bermula sejak tahun lepas dan Abdul Halim yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri dikatakan mempunyai kepentingan.

 Sementara itu, Chang Yeow berkata, BN sudah menyiapkan draf mengenai manifesto pilihan raya umum parti itu. “Draf ini merupakan intipati penting dari semua aspek melibatkan pembangunan ekonomi, perumahan, sosial dan pembangunan luar bandar di negeri ini bermula tahun 2012 hingga 2020.

 “Kita berjaya melakukan dalam tempoh yang singkat tetapi tidak boleh dedahkan secara terperinci kerana belum sampai masanya lagi," katanya. Menurutnya, antara perkara lain yang disentuh termasuklah usaha untuk menambah baik pengangkutan awam dan trafik di negeri ini yang semakin meruncing dan gagal diselesaikan Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger