Headlines News :
Home » » DAP buat PAS & PKR seperti kuda tungangan P.Pinang

DAP buat PAS & PKR seperti kuda tungangan P.Pinang



KUALA LUMPUR 30 Ogos – DAP dikatakan bakal meletakkan calon bebas seperti yang dilaporkan, jelas menunjukkan bahawa parti itu merasakan mereka kini boleh berdiri di atas kaki sendiri dan tidak lagi memerlukan sokongan sokongan atau pertolongan dari rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang untuk terus berkuasa di Pulau Pinang.

 Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata apa yang dilaporkan membuktikan betapa angkuhnya DAP sehingga sanggup meminggirkan PKR dan Pas yang telah membantu mereka sehingga berjaya memegang tampuk pemerintahan di Pulau Pinang pada pilihan raya lalu.

“Itulah perangai DAP, mereka kini merasakan diri mereka kuat, sebab itu mereka ingin kerusi lebih di Pulau Pinang, mereka yakin boleh menang dan tanpa sokongan PKR dan Pas, kedua-dua parti itu hanyalah dianggap sebagai kuda atau sandaran untuk berkuasa pada pilihan raya 2008.

 “Apa yang berlaku itu, menunjukkan DAP Pulau Pinang sebenarnya sudah hilang keyakinan kepada Pas dan PKR berikutan pelbagai permasalahan dalaman yang berlaku terhadap kedua-dua parti terbabit yang merisau DAP untuk terus berkuasa,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan DAP akan meletakkan calon bebas jika rakan sekutunya tidak memberi lalu kepada DAP di kawasan yang diingini, DAP memfokuskan kawasan pengundi majoriti bukan Melayu yang ditandingi oleh PKR berbanding kawasan majoriti Melayu.

 “Tidak mustahil DAP juga akan meletakkan calon bebas di kawasan majoriti orang Melayu untuk memecahkan undi kerana permasalahan dalaman di dalam Pas juga dilihat boleh memberi impak sokongan kepada pakatan pembangkang.

 “Jika tidak masakan DAP menyatakan bahawa berkemungkinan parti itu akan meletakkan calon Melayu pada pilihan raya nanti, sudah tentu calon berkenaan akan ditempatkan di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu,” katanya. Zabariah berkata, strategi DAP itu adalah untuk memegang kuasa di Pulau Pinang secara mutlak tanpa mahu dikongsi dengan parti lain kerana Pulau Pinang dianggap sebagai lubuk emas dan berkeyakinan besar akan terus berkuasa pada pilihan raya umum ke 13 nanti. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger