PULAU PINANG 20 April - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan tidak akan melayan sebarang desakan agar beliau melepaskan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Beliau berkata, semua urusan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri itu kini berjalan seperti biasa, sejajar dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.
"Isu ini langsung tidak mengganggu saya. Saya tidak hirau dengan sebarang desakan berkaitan isu pelantikan jawatan Yang Dipertua MAIPP dan sebagainya.
"Semua kerja pentadbiran urusan agama di Pulau Pinang berjalan seperti biasa dan seperti apa yang diputuskan. Saya berkhidmat macam biasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
+ comments + 1 comments
ni pun satu mamak yg menunggu masa ja utk dijatuhkan bukan oleh melayu dan mamak, tapi oleh lambakan bukan melayu yg akan menduduki kawasan DUN-nya tak lama nanti. bukannya semua orang buta, tak nampak apa yg sedang berlaku dlm kawasan dia. bila siap diduduki semua projek perumahan dan pusat komersial yg sedang dibangunkan disitu, mereka pasti akan tendang dia keluar dan menggantikan dgn calon mereka. ada ka melayu kat batu maung tu yg boleh beli rumah2 elit dan pusat komersial yg siap dan sedang dibina kat tempat dia?.. padan muka orang batu maung, nak sangat sokong DAP.
Post a Comment