Rakyat berpendapatan rendah di negeri ini mula merasakan mereka dan generasi akan datang tidak mempunyai masa depan cerah jika kerajaan DAP Pulau Pinang terus memerintah.
Maklum balas tersebut diperoleh daripada kaji selidik yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) terhadap orang ramai di sini sejak tiga hari lalu.
Presiden CASSA, Datuk Dr. Jacob George berkata, golongan tersebut melihat pembangkang gagal menyediakan polisi yang boleh melindungi hak selain menjaga kebajikan mereka.
Menurutnya, rakyat berpendapatan rendah khususnya di bahagian pulau bimbang mereka suatu hari nanti akan dihalau berikutan projek kediaman mewah yang semakin bercambah, seolah-olah tiada kawalan daripada kerajaan negeri. - Utusan
+ comments + 1 comments
Adalah silap jika kita mengatakan masa depan rakyat pulau pinang gelap dibawah pemerintahan DAP sebab yang gelap mas depan adalah orang MELAYU sahaja kerana banyak kelulusan pembangunan bernilai lebih dari luar kemampuan melayu untuk membeli atau turut serta. Jadi fikri-fikir lah nak duduk dimana selepas ini....
Bukan nak mengata tetapi itu adal kenyataan jelas atas kesilapan yang mereka lakukan dahulu akibat ramai kalangan 'orang umno' yang suka menggunakan bot 'pancung' jika berasakan dah lebih baik dari orang lain untuk turun atau naik ke laut....
Post a Comment