Headlines News :
Home » , , » Kerajaan Pusat yang promosi dan bawa pelaburan ke PP bukan kerajaan DAP

Kerajaan Pusat yang promosi dan bawa pelaburan ke PP bukan kerajaan DAP




PULAU PINANG 12 Nov. - Rakyat di negeri ini diminta membuka mata dan membuat penilaian secara objektif terhadap segala usaha yang dilakukan Kerajaan Pusat bagi menarik pelabur ke negeri itu, meskipun ia berada di bawah pemerintahan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, Kerajaan Pusat dan agensi di bawahnya telah mempromosikan Pulau Pinang di luar negara sehingga berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM12.2 bilion sepanjang tahun lalu ke negeri itu.

Malangnya, kata Nor Mohamed, kejayaan itu telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk meraih publisiti dan pujian, sedangkan kerja keras dilakukan Kerajaan Pusat.

"Hampir keseluruhan pelaburan RM12.2 bilion yang dicatatkan itu bukan hasil usaha kerajaan negeri seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebaliknya, hasil inisiatif Kerajaan Pusat.

"Namun, akibat tidak begitu jelas mengenai usaha yang telah dilakukan itu, rakyat merasa terpegun dan telah termakan dengan 'publisiti' yang dibuat mereka (kerajaan DAP Pulau Pinang).

"Perkara ini perlu disebut sekali lagi supaya rakyat negeri ini lebih jelas dan tahu siapa sebenarnya yang berusaha untuk membangunkan negeri ini. Kita tidak mahu segelintir pihak mahu mendapat nama atas usaha orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Selain membincangkan mengenai penjanaan ekonomi Pulau Pinang, mesyuarat itu turut menyentuh tentang persiapan menghadapi musim banjir secara berkesan.

Menurut Nor Mohamed, meskipun Pulau Pinang diperintah pembangkang, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mendiskriminasikan negeri itu, sebaliknya, banyak projek besar telah dijalankan di negeri berkenaan.

"Tidak dinafikan pembangkang suka publisiti, setiap minggu buat sidang akhbar tentang kejayaan mereka, sedangkan apa yang dilakukan hanya sedikit.

"Sebaliknya, Kerajaan Pusat dan agensinya termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bertungkus-lumus membawa pelaburan dan promosikan Pulau Pinang," katanya.-utusan
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger