Rakyat Pulau Pinang diingatkan supaya “buka mata” berhubung usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa pembangunan ke negeri ini menerusi pelbagai jenis pelaburan sama ada dari dalam (DDI) atau luar negara (FDI) walaupun negeri ini diperintah oleh kerajaan pembangkang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pendedahan itu juga penting bagi mengelak kekeliruan di kalangan rakyat dengan tindakan sesetengah pihak yang hanya mahukan publisiti sedangkan kerja keras dilakukan pihak lain.
"Perkara ini perlu disebut sekali lagi supaya rakyat negeri ini lebih jelas dan tahu siapa sebenarnya yang berusaha untuk membangunkan negeri ini, kita tidak mahu segelintir pihak yang hanya mahukan nama, atas usaha orang lain,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
Nor Mohamed berkata, kerajaan pusat tetap membawa masuk pelaburan ke negeri ini walaupun sepanjang tempoh tiga tahun Pulau Pinang diperintah oleh kerajaan pembangkang.
Ini untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan BN terhadap keperluan dan kebajikan rakyat, katanya. — Bernama
+ comments + 1 comments
Rakyat juga perlu buka mata. Baru kes seorang menteri yg kaut duit negara melalui projek ternak lembu dalam kondo. Menteri pertanian pulak akan kaut projek2 bwh kementerian shahrizat. Begitulah juga kementerian lain berfungsi menyuci wang2 cukai rakyat dgn cari makan melalui kemetrian lain. Kita tau bukan sharizat je habuan tu, rantaian beliau paling kurang 30 kaki. Maka 30 kaki ini akan berkerja keras mempertahankan bos, berbaloi dgn habuan yg diperolehi. Semua menteri kena ikut cara itu kalau mau selamat dan ada 'coverup'. Sikit je RM250 juta. Itu kata Shahrizat, pompuan ni enjoy kurang. Bagaimana menteri jantan yg ramai yg kena jaga program malam mereka.
Post a Comment