Headlines News :
Home » » Lapan peserta demonstrasi di Pulau Pinang bebas

Lapan peserta demonstrasi di Pulau Pinang bebas



PULAU PINANG 2 Julai - Kesemua lapan orang yang ditahan polis kerana berarak dan berhimpun membantah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini semalam, telah dibebaskan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, mereka dibebaskan secara berperingkat sejak malam tadi selepas diambil keterangan.

"Mereka dibebaskan semalam dan hari ini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi Karnival Jom Cegah Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini hari ini.

Semalam, polis menahan tujuh orang berusia antara 27 hingga 46 tahun kerana berarak dan berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bersama 1,500 orang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang ditahan ialah Pengerusi Pertubuhan Suara Anak- Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abd. Jiman dan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger