Headlines News :
Home » , » Pilihanraya Masjid Satu Lagi Usaha Pecah Belahkan Umat Islam

Pilihanraya Masjid Satu Lagi Usaha Pecah Belahkan Umat Islam



MELAKA, 8 Jun – Parti pembangkang digesa tidak masuk campur terhadap pengurusan institusi masjid bagi mengelakkan ideologi politik bercampur aduk dengan pengurusan agama Islam di negara ini.

Ketua Menteri Melak, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kesemua urusan institusi masjid perlu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing.


“Saya tidak percaya campurtangan politik boleh membawa kebaikan kepada institusi masjid,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan Ke-7 di Bukit Serindit di sini, Selasa.

Mohd Ali diminta mengulas laporan mengenai keputusan kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP menggunakan sistem pengundian dalam kertas ala pilihan raya bagi memilih jawatankuasa masjid pada pertengahan tahun ini.

Beliau berkata pemimpin bukan beragama Islam dan parti yang tidak memperjuangkan Islam sepatutnya tidak masuk campur terhadap pengurusan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Katanya dalam Barisan Nasional, pemimpin beragama Islam tidak mencampuri malah amat menghormati urusan agama lain.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, bimbang pilihan raya itu bakal mempunyai ‘sesi berkempen’ yang ditakuti akan memecah belahkan umat Islam di Pulau Pinang.

Beliau juga turut bimbang sekiranya negeri di bawah parti pembangkang lain mengikut langkah kerajaan Pulau Pinang.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 10, 2011 at 1:23 AM

Masa zaman penjajahan sebelum merdeka, British tidak dibenarkan masuk campur dalam hal ehwal Agama Islam dan budaya orang-orang Melayu.

Zaman Pakatan Rakyat orang-orang kafir banyak masuk campur dan jadi pengarah dalam hal ehwal agama Islam dan budaya Melayu.

Apa dah Jadi?

Orang-orang kafir Pakatan Rakyat lebih jahat daripada penjajah British. Banyak isu agama mereka masuk campur seolah-olah mereka ketua agama Islam. Seolah-olah mereka lebih berilmu agama daripada PAS.

Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan tegas. Jangan dilihat menghalalkan yang haram.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger