Headlines News :
Home » » Persatuan Ulama Malaysia PP sokong pemulangan duit judi oleh warga emas.

Persatuan Ulama Malaysia PP sokong pemulangan duit judi oleh warga emas.

Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang hari ini membidas tindakan pemimpin kerajaan negeri yang beragama Islam serta kerana tidak menyiasat dengan terperinci berhubung dana yang diterima untuk program membasmi kemiskinan tegar dan wang ihsan kepada warga emas.

Sudah tentunya yang beberapa pemimpin yang berkenaan seperti Malik Itik , Salleh Man , Mansor dan beberapa pemimpin Pemuda Pakatan seperti Syed Mikael yang hebat mempertahankan Guan Eng lidah biawak .

Pemimpin-pemimpin Melayu beragama Islam dalam kerajaan negeri seolah-olah 'membutakan mata' dan 'memekakkan telinga' apabila perkara tersebut dibangkitkan oleh rakyat PP sekali gus menerima bulat-bulat penerangan yang diberikan Guan Eng dan konco2nya sebelum ini.

Timbalan Yang Dipertua II persatuan itu , Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dalam satu kenyataannya nyata kesal dengan cara pemimpin beragama Islam menangani isu tersebut mahu mereka memainkan peranan lebih tegas terutama yang membabitkan hal agama.

Pada masa sama, beliau turut menyokong tindakan penerima bantuan program berkenaan serta wang ihsan sebanyak RM100 dari Penaga yang memulangkan wang tersebut adalah tepat sekiranya mereka meragui sumber dana itu.

"Jika saya sendiri pun akan memulangkan wang kerana ragu-ragu mengenainya, malah kenyataan dikeluarkan kerajaan negeri juga berbelit-belit dan menyebabkan rasa ragu-ragu itu semakin menebal.

"Mula-mula kerajaan negeri nafi tetapi lepas itu mengaku ada terima, namun ia diasing-asingkan, bukankah itu sahaja sudah cukup buat kita ragu-ragu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Jadi , jika Persatuan Ulama sudah menyatakan bahawa sokongan terhadap tindakan memulangkan wang judi jika ragu2 mengenainya , Malik Kassim dan pemimpin2 Pemuda Pakatan yang menjadi balaci Guan Eng tak perlu la bising dan menghina mereka ini bersandiwara atau dipengaruhi pihak lain .
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger