Headlines News :
Home » » Jelajah Utara Berbasikal 1Malaysia. Fasa pertama dari Kepala Batas ke Seberang Jaya.

Jelajah Utara Berbasikal 1Malaysia. Fasa pertama dari Kepala Batas ke Seberang Jaya.


Hari ini, berlangsungnya Program Jelajah Utara Berbasikal 1Malaysia yang diadakan di P.Pinang. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Latihan UMNO P.Pinang yang bermula dari Kepala Batas pada jam 7.30 pagi tadi.

Seramai 150 peserta dari pelbagai kaum dan bangsa menyertai acara yang julung-julung kali diadakan ini. Bukan sahaja ia diserta oleh generasi muda, malah ramai juga dikalangan "veteran" juga bersemangat turut serta.

Majlis Pelancaran telah dirasmikan oleh Dato Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah. Dan pelancaran peserta di checkpoint Bagan Ajam telah dilakukan oleh Datuk Latiff Mirasa.

Pada fasa pertama didalam Program Peringkat Satu ini, terdapat 3 checkpoint yang dilalui oleh para peserta. Pertama di Tasek Gelugor, kedua di Bagan Ajam dan seterusnya di Seberang jaya.

Fasa kedua akan dimulakan pada sebelah petang bermula dari Masjid Seberang Jaya hinggalah ke destinasi akhir iaitu Sg Aceh, Nibong Tebal.

[caption id="attachment_24" align="aligncenter" width="300" caption="Awal pagi lagi dah mula mengayuh.."][/caption]

[caption id="attachment_25" align="aligncenter" width="300" caption="Cikgu Fauzi, Pengarah BTN tersenyum riang melihat Program berjalan lancar.."][/caption]

[caption id="attachment_26" align="aligncenter" width="300" caption="Peserta berlepas dari check point Bagan Ajam.."][/caption]

[caption id="attachment_27" align="aligncenter" width="300" caption="Generasi muda vs generasi tua.. agak2 siapa yg menang?"][/caption]

[caption id="attachment_28" align="aligncenter" width="300" caption="Semua masih steady walaupun dah hampir 20KM mengayuh.."][/caption]

[caption id="attachment_29" align="aligncenter" width="300" caption="Pelepasan dari checkpoint Bagan Ajam oleh Datuk Latiff Mirasa."][/caption]
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger