Headlines News :
Home » » GEMPAR : WANG KELUARAN KELUARGA LIM?

GEMPAR : WANG KELUARAN KELUARGA LIM?



Lagi pandangan golongan ulama yang bersetuju dengan tindakan 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan dan wang ihsan RM100 kerajaan negeri Pulau Pinang di Penaga baru-baru ini memulangkan semula wang judi itu .

Iai diulas oleh bekas Mufti Johor iaitu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Mohd. Nooh Gadot berkata, tindakan tersebut dibuat kerana ragu-ragu sumbernya daripada hasil perjudian.

Katanya, ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada bersubahat atau terlibat dengan perbuatan kotor dan keji yang disukai syaitan.

Menurut beliau, ini dapat dibuktikan menerusi surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala serta mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah perbuatan kotor, keji dan jijik serta perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Sehubungan itu, Nooh berkata, bagi umat Islam berhubung makan dan minum amat penting kerana ia ada hubung kait dengan dosa dan pahala.

“Makanan yang datangnya daripada sumber yang haram termasuk judi memberi kesan secara menyeluruh bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi yang lebih penting keturunannya.

“Antara kesannya adalah ia akan membawa penyakit, lembap dan lemah dalam pelajaran serta rosak moral dan keruntuhan akhlak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Mufti Johor mengulas tindakan 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 bertindak memulangkan semula wang itu kepada kerajaan Pulau Pinang, kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Selain itu, kata Mohd. Nooh, ia juga boleh menyebabkan hilang pedoman dan arah hidup serta terarah melakukan maksiat, dosa, melakukan perkara mungkar, keji dan penyelewengan.

Tambah beliau, orang yang memakan benda haram menyebabkan mereka juga suka mengunjungi majlis-majlis yang tidak berfaedah dan gemar berkawan dan bersahabat dengan orang yang fasik.

“Doa orang sebegini juga, permohonan, hajat, permintaan dan ibadahnya tidak diterima Allah SWT dan yang lebih dahsyat ia akan melahirkan zuriat dan keturunan bermasalah.

“Orang sebegini juga benci perkara-perkara kebaikan dan maaruf seperti ke masjid, surau dan majlis-majlis ilmu dan matinya kelak dalam keadaan su’ulkhatimah (mati dalam keadaan buruk),” katanya.
Mesej jelas supaya tidak pandang remeh hukum Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata, tindakan memulangkan semula wang RM100 semalam merupakan mesej jelas kepada semua pihak supaya tidak memandang remeh hukum dan kesucian Islam.

“Wang tersebut yang diragui datangnya daripada sumber perjudian adalah menghina golongan miskin, khususnya kepada orang Islam. “Saya kesal pihak yang dulunya lantang membantah lesen judi bola sepak kini sanggup menggunakan sumber judi untuk membantu orang miskin.

“Justeru, saya rasa walaupun jumlahnya hanya RM100 setiap seorang, mesej yang ingin disampaikan amat jelas iaitu orang miskin tidak wajar diperlakukan dengan sedemikian rupa,” katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger