Menurut mereka, projek berkenaan perlu dibatalkan kerana ia bakal mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada penduduk dan peniaga malah pengunjung yang sering ke situ.
Kewujudan kondominium itu dilihat mereka hanya akan menambahkan kesesakan lalu lintas kerana tapak tersebut sebelum ini digunakan sebagai tempat letak kenderaan.
Bagi menunjukkan rasa tidak puas hati, kira-kira 150 penduduk berhimpun secara aman berdekatan tapak projek berkenaan.
Seorang peniaga nasi lemak yang ingin dikenali sebagi Ady, 22, berkata, hasil pendapatannya kini susut lebih 30 peratus sejak projek itu dimulakan.
Jelasnya, jika dahulu dia mampu menjual sehingga 200 bungkus sehari, kini dia terpaksa membuang sekurang-kurangnya 50 bungkus kerana tidak dapat dijual berikutan pelanggannya sukar mendapatkan ruang meletak kenderaan.
"Dahulu sekejap sahaja nasi lemak saya habis dijual tetapi sekarang terpaksa buang banyak sebab tidak laku.
"Saya amat berharap kerajaan negeri mendengar rintihan kami. Kembalikan tempat letak kereta untuk kemudahan penduduk dan pengunjung ke sini," katanya di sini hari ini.
Penduduk, K. Sundaram, 56, pula memberitahu, dia sekarang terpaksa berjalan kaki hampir satu kilometer untuk ke pasar di situ kerana terpaksa meletakkan jauh kenderaannya.
"Hampir setiap hari saya ke sini untuk bersarapan dan membeli barangan keperluan harian. Dulu saya boleh letak kereta tepi pasar tetapi sekarang kena letak jauh," katanya.
Post a Comment