Headlines News :
Home » » Transformasi politik Najib beri peluang pelajar sumbang idea #PAU2012

Transformasi politik Najib beri peluang pelajar sumbang idea #PAU2012




KUALA LUMPUR: Keberkesanan transformasi politik yang diperkenalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak membuka ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk bersama-sama menyumbang idea bagi menghadapi cabaran perubahan landskap politik di negara ini.


Presiden Kelab UMNO Auckland (New Zealand), Noor Liyana Nouxman, berkata dalam pertemuan di antara presiden parti dan ahli kelab UMNO luar negara, dua perkara penting digariskan iaitu perubahan persekitaran politik di Malaysia dan peranan pengundi muda. Beliau berkata, sekiranya dulu parti politik bersatu untuk mencapai kemerdekaan, kini perubahan persekitaran memberikan impak berbeza terhadap landskap politik negara.

Kedua, katanya, faktor 50 peratus pengundi baru turut mengubah latarbelakang pengundi di Malaysia, iaitu suara golongan muda perlu didengar.

"Di sini Kelab UMNO Luar Negara memainkan peranan untuk menarik lebih ramai belia menyertai parti ini. Sekiranya golongan belia tidak menyertai UMNO, sekurang-kurangnya mereka menyokong UMNO dan tidak menentang kerajaan," katanya ketika ditemui selepas sesi pertemuan Presiden UMNO dan ahli kelab UMNO luar negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Pertemuan antara pemimpin tertinggi UMNO dan ahlinya yang berada di seberang laut itu selama setengah jam adalah bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung selama lima hari bermula Selasa lalu. 
Mengulas pertemuan dengan Najib, Noor Liyana berkata, dengan cara mendekati pemimpin ia membolehkan jurang antara ahli kelab di luar negara dirapatkan.

Malah, katanya, usaha mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara berperanan untuk meningkatkan semangat patriotik terhadap Malaysia. 

"Kami yang berada di luar negara tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia. Peluang seperti ini memberi peluang kepada semua ahli kelab dan rakyat Malaysia di seberang laut untuk mengenali pemimpin kita," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger